Friday, March 13, 2009

Bab 12

# SU'UL KHATIMAH (AKHIR HIDUP YANG BURUK)
# DAN AMAL-AMALNYA BERGANTUNG PADA AKHIR HIDUP

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah ra bahawasanya beliau berkata:

Bahawasanya telah bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada orang yang beramal dengan amal ahli syurga pada waktu yang lama,kemudian dia mengakhiri amalnya itu denagan amal ahli neraka,dan sesungguhnya ada orang yang beramal amal ahli neraka pada waktu yang lama,kemudian ia menutup amalnya itu dengan amal ahli syurga."

Sedangkan dalam kitab Shahih Bukhari,ada sebuah hadis marfu' yang bermaksud:

Sesungguhnya ada hamba yang mengerjakan amal ahli neraka tetapi ternyata ia salah satu dari ahli syurga, dan ada yang mengerjakan amal ahli syurga tetapi ternyata ia termasuk dari ahli neraka. Kerana sesungguhnya amal itu bergantung pada akhir hidupnya.

Para ulama' berpendapat bahawasanya su'ul khatimah (akhir hidup yang buruk) terjadi pada orang yang sering dan terus menerus mengerjakan maksiat secara sembunyi-sembunyi, dan ia sering mengerjakan dosa-dosa besar mencuba menipu Allah SWT. Adapun orang yang istiqomah secara zahir dan tidak terus menerus mengerjakan maksiat secara batin (tersembunyi),belum ada terdengar cerita bahawa orang seperti itu mengakhiri hidupnya dengan buruk. Segala puji hanya bagi Allah SWT atas kelapangan ini.

Sebaliknya dengan orang yang kebanyakan waktunya digunakan untuk mencintai dunia dan berbuat maksiat tanpa ada niat untuk bertaubat, lalu mungkin ajalnya mendatanginya sebelum bertaubat,hingga syaitan boleh menggoyahkannya pada saat itu dan langsung membawanya saat itu juga, kita berlindung kepada Allah SWT dari hal seperti ini. Maka pada saat ia meninggal mungkin terlihat mudah di mata orang lain.

Selain itu ada juga hamba yang sepanjang hidupnya berada di jalan yang lurus akan tetapi ketika menjelang ajalnya ia berubah dan keluar dari jalan yang lurus tersebut,yang kemudian hal itulah yang menyebabkan ia mengakhiri hidupnya dalam keadaan yang buruk,dan mendapat celaan yang hina seperti yang dialami oleh Iblis laknatullah. Seperti yang tertulis dan diceritakan bahawa Iblis menyembah Allah SWT bersama-sama dengan para malaikat selama lapan puluh ribu tahun lamanya.

Begitu juga dengan Lu'am bin Ba'ur yang kepadanya telah Allah SWT perlihatkan ayat-ayatNya, tetapi kemudian ia melepaskan hidayah itu dan menukarnya dengan kekekalannya di bumi dan menjadi pengikut hawa nafsunya.

Begitu juga dengan ceritanya, Barshiso ini adalah orang yang bila ia menyentuh orang yang terkena penyakit gila atau ayan maka orang itu akan sembuh. Tersebutlah seorang puteri raja yang terkena penyakit gila. Maka si raja pun mengirimkan puterinya tersebut untuk bermalam di pondok Barshiso di padang pasir dan berubat kepadanya.

Lalu iblis pun mendatanginya dan berkata kepadanya: "Zinailah perempuan itu,kerana perempuan itu tidak akan merasa,tidak akan tahu,dan juga tidak akan sedar", ketika Barshiso melakukan hal yang disuruh oleh iblis kepadanya,si iblis pun lalu berkata kembali: "Dikhuatirkan ternyata perempuan itu tahu dan sedar bahawa engkau telah menodainya, lalu ia akan merosakkan kehormatanmu di mata umum,maka bunuhlah ia dan kuburkan di longgokan pasir, apabila rombongan raja telah datang,katakanlah ia telah sembuh dan telah pulang,sesungguhnya mereka pasti mempercayainya." Ia lalu mengikuti petunjuk si iblis laknatullah.

(bersambung)

No comments:

Post a Comment