# BILAKAH SEORANG HAMBA TIDAK DAPAT MENGENAL ORANG LAIN
# DAN MENGENAI TAUBAT,SIAPAKAH ORANG YANG BERTAUBAT
Di riwayatkan oleh Tirmizi:
"Sesungguhnya Allah SWT menerima taubat seseorang sebelum ia sakarat."
Kata sakarat maksudnya di sini adalah ketika roh telah sampai ke kerongkong,maka pada saat itu akan ditentukan baginya apakah ia akan mendapat rahmat atau azab. Pada saat itu taubat tidak lagi berguna baginya,tidak juga iman,seperti yang disebutkan dalam buku-buku syari'ah. Dengan kata lain,pintu taubat itu tetap terbuka sebelum datangnya waktu pencabutan nyawa,iaitu saat tubuh meregang ketika pengambilan roh. Saat itu adalah saat diputusnya urat jantung dari dada ke kerongkong,maka pada saat itulah penentuannya,dan pada saat itu juga datangnya kematian. Dari itu hendaklah setiap orang bertaubat sebelum datangnya sakaratul maut dan penentuan tersebut.
Tentang hal ini,orang-orang sering membaca sajak berikut:
Siapkanlah taubat yang akan menjagamu
Sebelum datangnya kematian dan sebelum lidahmu kelu
Siapkanlah bekalmu! Simpanlah untuk bekalmu
Dengan sebaik-baik bekal.
Kerana itulah Imam Ali bin Abi Talib ra,apabila beliau melihat seseorang yang bergegas dan bercepat bertasbih dan beristighfar,ia berkata kepada orang tersebut:"Inilah taubat orang-orang pendusta,dan taubatmu masih memerlukan taubat."
Orang-orang yang telah mendalami ilmu agama berpendapat bahawa hanya sedikit orang yang boleh menjalankan taubat nasuha kerana kemuliaan mereka. Kerana itu kita hanya boleh memperbayak istighfar. Dan istighfar kita masih memerlukan istighfar kerana kita tidak jujur dalam beristighfar. Kita hanya boleh mengharapkan kemurahan Allah SWT untuk menerima taubat kita apabila penyesalan sudah tidak berguna lagi,kerana dalam sebuah hadis disebutkan:
Penyesalan itu adalah taubat.
Dalam sebuah hadis marfu' yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim disebutkan:
Sesungguhnya hamba apabila mengakui dosa-dosanya dan meminta ampun maka Allah SWT mengampuninya.
Imam Malik Rahimahullah pada suatu ketika pernah ditanya tentang seseorang yang membunuh,adakah pintu taubat masih terbuka untuknya? Maka beliau pun menjawab:"Itu adalah pintu yang dibuka oleh Allah SWT,dan aku tidak akan menutupnya."
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian 'alam.
******
Tuesday, March 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment